Friday, February 18, 2011

Contest "Owh, So Wonderful!" by Sophie Al-Yahya

Tarikh tutup:
20 Februari 2011


Apa yg "Owh, so Wonderfull!"nya gambar nih:

Ekceli ni gambar kawin me. Gambar ni di ambil 4 tahun lalu 
depan rumah me kat kg, berhampiran sungai kg me.
Sekali tengok biasa jer. Tapi ia membawa seribu erti yg sangat mendalam buat me. 
Gambar ni memang di 'sepia'kan oleh fotoG me, masa me dapat album kawin. 
Bukan me yg edit gambar ni jadi begitu.
Tapi me suka gambar ni dijadikan begitu sebab ia menggambarkan betapa nostalgianya cerita disebalik gambarnya.

Mungkin sekali tengok tiada ape yg menarik. Tapi hakikatnya, di kawasan ini, suatu masa dulu.
Masa me masih kanak2, inilah tempat me main lumpur, menangkap anak ketam busut, mengejar ikan tembakol sampai seluruh badan bermandi selut dan lumpur. Dan di tempat gambar ini di ambil juga, menjadi saksi me kena rotan dengan mak sebab kehitaman baju yg me pakai akibat me terjatuh dalam selut2 itu.Dan me pernah kena ikat di tiang wakaf itu sebagai denda me mandi sungai dan main lumpur.

Dulu, mata kasar me x pernah nampak kawasan dan tempat itu menarik. Dan x pernah terlintas dalam fikiran yg gambar kahwin me akan di abadikan di situ. Tapi, sungguh...setelah berpuluh tahun berlalu
kekadang me menangis tengok gambar nih..terbayang me main terjun dari wakaf tu ke dalam air sungai di bawah wakaf itu ketika air pasang. Teringat me memancing ikan sembilang dari wakaf ni, dan teringat me bersembang dengan kengkawan kenit2 me sambil makan ais krim melayu. huhuhu.

Sungguh jauh dan lama me tinggalkan kenangan itu semua. Sekarang kawasan ini dah jadi kolam ternakan udang...Pokok2 bakau yg menjadi latar belakang gambar ni dah abis kena tebang, kemudian ada chalet didirikan berhampiran kawasan ni. Wakaf ni dah semakin usang dan buruk tiada siapa yg peduli dan di jadikan tempat di longgokan pukat2 buruk yg x digunakan lagi.

so hanya gambar ini, pengubat rindu pada kenangan lalu....
Hanya gambar ini mengingatkan me, betapa nakalnya me dulu, dan buat me sedar
betapa sabarnya mak me menangani kenakalan me...
Kalau x kerana mak me, yg me rasa garang macam singa dulu, x tau ler ape jadi ngan me sekarang.
Berkemungkinan jugak me lemas di hanyutkan arus sungai tanpa ada org tahu, sebab tempat ni sunyi, kecuali waktu  pakcik2 nelayan balik dari laut......Mungkin jugak me x seputih sekarang, hasil daki2 lumpur yg berkarat kat badan. (Hurrmmm, sedikit perasan disitu)

so...memang foto ni begitu wonderfull bagi me, seindah kenangan yg ditinggalkan untuk me.

Me nak share n nak tau kisah foto wonderful:
(tag)





3 comments:

Sophie Al-yahya said...

wonderful.noted. Thanks for joining & good luck =)

hurrmmmm..nanti sy pulak yg nak kawen.. kekekekee..

Salina@IbuAqil said...

sweet.. TQ dear tag ibu.. :D

Lelord said...

hehehhehe nice

Post a Comment